Wednesday, October 7, 2009

Shukri & Azlin...Aisy & Aida

Santai dimeja makan
Pengantin tersenyum bahagia dalam persalinan warna merah jambu
Shukri dan Azlin
Aish dan Aida tersenyum di kamar beradu
Ayu dan manis Aida dalam persalinan warna kelabu
Lin dan shukri dibilik beradu
pelamin indah untuk dua pasang mempelai
romantiknya......
Aisy dan Aida bersama rombongan dari pihak lelaki
Aisy dan Aida saat disatukan oleh ayahanda tercinta
Debaran menanti dimajlis akad nikah
Sentuhan terakhir oleh MBH sebelum majlis akad nikah
Dua pasang pengantin dua beradik, bersanding bersama di pelamin yang
terhias indah...
semoga bahagia hingga keakhir hayat
Dua pasangan pengantin adik beradik Aida (kakak) dan Lin (adik) tatkala berarak menyambut ketibaan kedua rombongan dari pihak lelaki
Debaran menunggu kedatangan kedua rombongan pihak lelaki
Saat Shukri dan Lin disatukan
Ayahanda tercinta....
Debaran Lin menunggu majlis akad nikah selesai
Majlis perkahwinan anak Timbalan Pengarah USM En Wan Sayuti berlansung dengan meriah kerana dimajlis itu dua anak gadisnya Aida dan Azlin disandingkan bersama, manakala akad nikah diadakan pada berlainan hari. Apapun MBH mengucapkan 'SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada kedua pasangan mempelai dengan doa semoga dikurniakan kebahagian hingga keakhir hayat. Jua terima kasih atas kerjasama pengantin dan keluarga sehingga semua persiapan majlis akad nikah dan bersanding yang dikendalikan oleh MBH berjalan dengan lancar.

Tuesday, October 6, 2009

Ikatan janji...kasih termetri...Fadlan dan Siti

Cinta Fadlan dan Siti....
terikat melalui lafaz.....
termeterai melalui janji Sedang disolek sebelum majlis akad nikah...Persada Indah tempat Fadlan dan Siti disandingkan

Indah dan berseri mempelai dalam persalinan hitam putih
Cantik menawan dalam pakaian merah

Menjamu selera bersama kedua ibubapa dikedua belah pihak dimeja makan yang berhias indah

yummy...yummy...yummy...sedapnya

Siti diapit ibu mertua (berbaju merah) dimajlis akad nikah

Ketibaan rombongan pengantin lelaki ke majlis persandingan di rumah pengantin perempuan

Dewan Jubli Perak terhias indah sewaktu majlis bertandang, rona biru putih melembutkan suasana, segalanya serba harmoni Dato Sri Annuar Musa, antara Orang Kenamaan yang hadir di majlis bertandang

Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Nik Aziz Nik Mat tersenyum melihat gelagat pengantin di singgahsana

Gadis-gadis pengiring dan pengapit yang manis-manis

Bisikan manja pengantin sewaktu dimeja makan

Bapa pengantin bersama Tok Guru dan Dato Mustapha
Mengendalikan majlis perkahwinan Sti dan Fadlan memberi satu pengalaman yang manis buat MBH dan krew-krew yang terlibat. Pihak kami bertanggungjawab untuk merancang dan merencana semua majlis iaitu dari akad nikah, majlis persandingan di rumah Siti dan juga majlis bertandang di pihak lelaki yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Kota Bharu. Apa pun terima kasih kepada kedua ibubapa pengantin dikedua belah pihak atas kerjasama yang diberikan dan Selamat Pengantin Baru untuk Lan dan Siti, semoga berbahagia hingga keakhir hayat.

Sunday, July 12, 2009

Bilik Beradu....

Kamar beradu si pengantin baru...
Indah dan berseri, bakal menjadi saksi lambang cinta dua insan, kasih bersatu dengan lafaz, cinta termetera dengan ikatan.





pulut kuning belahan jiwa



fadhil dan izzati

Pulut kuning pulut beradat......
Hidangan untuk raja sehari...
Cinta dan janji bersatu dipahat...
Dunia akhirat tak terpisah lagi...


Sekapur Sireh



Sunday, July 5, 2009

Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah:

1. Pakej pelamin luar (ruang rumah atau dewan)
2. Set bilik tidur
3. Pelamin dan hiasan meja makan beradab
4. Makeup
5. Pakaian akad nikah, bertandang dan bersanding
6. Gubahan hantaran
7. Fotografi
8. Set kanopi
9. Bekas buffet
10.Katering
11.Persembahan kumpulan pencak silat (termasuk muzik)


Harga pakej kami:
1. Pakej bertunang (pelamin, baju dan makeup) bermula dari rm400 - rm800
2. Pakej akad nikah (pelamin, baju dan makeup) bermula dari rm400 - rm800
3. Pakej sanding bermula dari rm500 ke atas

Kami turut menerima tempahan pelamin dan baju persandingan mengikut idea,rekaan dan kemahuan anda sendiri. Dan kami juga sedia berunding demi menjanjikan kepuasan anda di hari bahagia nanti.
"MULAKAN KENANGAN HARI BAHAGIA ANDA DI SINI"

Saturday, July 4, 2009

kOleksI PelAmIn MBH.....

Kami di MBH dengan penuh komitmen akan menyempurnakan hari bahagia anda supaya kekal manis di ingatan untuk selamanya..